KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam tadi.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel itu menyaksikan beregu kelapan dunia Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.
Satwiksairaj-Chirag, yang juga pasangan keenam dunia, akan melakukan perhitungan bersama gandingan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang di pentas final esok.
Terdahulu, Ren Xiang-Qiang menunjukkan jalan keluar kepada gandingan England Ben Lane-Sean Vendy 21-10 dan 21-17 pada pusingan separuh akhir malam tadi.
Selain Yew Sin-Ee Yi, dua lagi wakil negara iaitu pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke aksi separuh akhir akan bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit. - Foto fail/BAM
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara
Beregu campuran ranking ke-13 dunia itu tewas 18-21, 18-21 kepada juara Orleans Masters juga pasangan ke-58 dunia dalam masa 34 minit.
Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia di Switzerland
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali mempamerkan permainan matang apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel awal pagi Jumaat.
Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon mara ke pentas akhir
Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit.
Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final Terbuka Switzerland tidak kesampaian
Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.
'Bangkit segera Pearly-Thinaah'
Episod duka yang ditempah Pearly-Thinaah itu umpama mengulangi kegagalan mereka pada Seluruh England di Birmingham.
Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.
Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.
Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel
Impian gandingan ranking ke-18 dunia itu disekat beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.